Panduan membeli / Bagaimana ingin membeli

Kami telah menjadikan cara menyediakan kemudahan pengangkutan dengan menggunakan produk-produk ThyssenKrupp Access seberapa senang yang boleh. Bahkan, proses mendapatkannya semudah 1-2-3:

1. TEROKAI

Luangkan sedikit masa untuk melihat bahagian Produk laman web kami dan tentukan penyelesaian dan ciri yang anda rasa sesuai dengan keadaan anda. Elok juga anda melihat halaman Perbandingan Produk untuk membantu anda membuat pilihan.

2. HUBUNGI

Jika anda sudah bersedia, hubungilah wakil ThyssenKrupp Access di tempat anda dan beritahu mereka keperluan anda secara khusus. Meskipun ThyssenKrupp Access menawarkan barisan penyelesaian pergerakan yang luas, namun wakil kami di tempat anda juga boleh membantu anda memilih ciri dan pilihan penyesuaian yang betul supaya produk yang anda dapat memenuhi keperluan anda dengan setepat-tepatnya.

3. TEMUJANJI

Sama ada anda mahukan rundingan percuma di rumah, demonstrasi produk di pejabat jualan ThyssenKrupp Access tempatan ataupun pemasangan sepenuhnya, kami bersedia menjadualkan temujanji supaya anda dapat menikmati lebih banyak kebebasan dan keselesaan.